Novia Kolopaking

Novia Kolopaking (Bandung, 9 November 1972) adalah seorang artis Indonesia. Dia banyak berkecimpung di pelbagai bidang: sastera, terutama puisi, sebagai pelakon drama dan filem, serta penyanyi. Nama Novia telah dikenali sejak zaman kanak-kanaknya lagi melalui beberapa majalah kanak-kanak dan pertunjukan pentas, sama ada sebagai penyanyi ataupun pelakon. Walau bagaimana pun, namanya benar-benar terserlah di persada seni nasional ketika dia melakonkan watak "Emak" dalam drama bersiri Keluarga Cemara dan watak "Siti Nurbaya" dalam filem televisyen Sitty Nurbaya. Walaupun ramai yang tidak menyedari, dia juga pernah mengisi suara tokoh "Dewi Anjani" dalam sandiwara radio Saur Sepuh. Dalam bidang seni suara pula dia dikenali melalui beberapa lagu seperti Kembali, Untukmu Segalanya, Dengan Menyebut Nama Allah, Daur Ulang, dan Bunga Mawar.Novia menikah pada 22 Mac 1997 dengan Emha Ainun Nadjib dan dikurniai 4 orang anak. Setelah berkahwin, dia tidak banyak muncul dalam aktiviti kesenian nasional. Namun, dia kerap mendampingi perjalanan kumpulan "Kiai Kanjeng" pimpinan suaminya mengunjungi pelbagai tempat di Indonesia dan juga luar negara.

Novia Kolopaking

Pekerjaan puisi, sebagai pelakon drama dan filem, serta penyanyi.
Pasangan Emha Ainun Nadjib
Anak 4
Nama lain Novia Kolopaking
Warganegara  Indonesia
Kelahiran Novia Kolopaking
(1972-11-09) 9 November 1972 (umur 47)
Bandung